Tips Memilih Kain Langsir
TIPS MEMILIH KAIN LANGSIR
Tidak dinafikan peranan langsir dalam dekorasi rumah kediaman amat penting. Jika dahulu langsir hanya dianggap sebagai pendinding yang menghalang cahaya matahari, namun kini langsir menjadi antara peranan utama dalam menghasilkan gaya hiasan dalam sesebuah kediaman. Lantaran itu, anda disarankan agar memilih kain langsir yang betul bagi mencipta suasana keselesaan di rumah anda.
1) TENTUKAN BAJET
Terdapat pelbagai jenis dan rekaan corak langsir di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mahal bergantung kepada jenis dan kualiti kain langsir berkenaan. Namun, semuanya terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Apa yang patut diberi tumpuan adalah langsir tersebut bertepatan dengan tema rumah anda dan cukup dengan peruntukan yang disediakan.
2) BUAT UKURAN DAN PILIH REKAAN
Selesai menentukan kain langsir mengikut kehendak anda, langkah seterusnya adalah mengukur dimensi tingkap atau pintu gelongsor (sliding door) anda dengan betul. Gunakan pita pengukur atau tali untuk mengukur panjang dan lebar bahagian tersebut. Sekiranya anda tidak pasti, dapatkan bantuan pembantu jualan untuk membuat ukuran dan memilih rekaan terkini. Mereka yang arif dalam perkara ini pasti dapat menyelesaikan kekeliruan anda.
3) PILIH CORAK DAN WARNA YANG SESUAI
Jika hiasan dalaman rumah anda bertemakan sesuatu yang ringkas dan kemas, pilih corak abstrak atau corak yang terhad. Corak bermotifkan bunga-bungaan misalnya mampu menghasilkan elemen segar dan harmoni. Warna kain langsir turut menyumbang impak besar kepada ruang kediaman anda.
Oleh itu, anda harus bijak memilih warna yang sesuai. Kebiasaannya, warna-warna gelap seperti hitam akan membuatkan ruang rumah anda kelihatan kecil dan padat. Manakala warna cerah dan terang pula akan menghasilkan ruang yang lebih luas. Paling utama, corak dan warna langsir anda perlu selari dengan warna perabot dan hiasan lain.
4) AKSESORI TAMBAHAN
Penggunaan aksesori tambahan seperti labuci dan manik merupakan rekaan kain langsir masa kini. Tujuannya untuk memberi kesan dramatik kepada hiasan dalaman rumah anda. Pilih yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Alat pengikat langsir yang menarik dan mempunyai pelbagai bentuk juga boleh dipadankan bersama bagi menaikkan lagi seri kediaman.
sumber : http://nona.karangkraf.com/lifestyle/dekor/panduan-memilih-langsir-1.156430
Tip Asas Pilih Langsir Agar Rumah Tidak Semak
3 Tip Asas Pilih Langsir Agar Rumah Tidak Semak
Oleh: WEB SERI DEWI KELUARGA
Tarikh: 2 Julai 2013
Tidak lengkap rasanya rumah tanpa langsir baru yang sesuai untuk semua jenis ruang di dalam rumah. Langsir bukan hanya berguna untuk menghadang cahaya masuk tetapi berperanan mencantikkan rumah, membahagikan ruang mahupun menutup bingkai tingkap yang tidak menarik. Untuk menaikkan mood menjelang perayaan raya nanti, berikut ada beberapa panduan memilih langsir yang sempurna untuk rumah anda.
UKURAN
Terlebih atau terkurang ukuran akan membuatkan langsir anda nampak 'menggeleber' atau tergantung. Memilih ukuran yang tepat memberikan suasana ruang rumah nampak kemas, teratur dan sedap mata memandang. Sebelum anda mengeluarkan pita ukuran anda, pastikan anda membuat keputusan sama ada mahu memulakan langsir dari panel tingkap atau atas dari tingkap (dari siling). Jika anda mahu memulakan langsir dari siling, ruang rumah akan kelihatan lebih tinggi. Kebanyakan pereka gemar menggantung langsir kira-kira enam inci dari atas bingkai tingkap. Jika mahu lebih dramatik, gantung lebih tinggi. Untuk mengambil ukuran lebar pula, pastikan anda menambah empat hingga lapan inci dari kedua-dua belah langsir supaya apabila anda menyelaknya, ia kelihatan berlipat dan berlapis dengan cantik.
FABRIK
Jenis fabrik adalah penting untuk menentukan kegunaan langsir di dalam rumah anda. Jika anda memilih langsir yang terlalu berat, anda mungkin sukar untuk melipat dengan cantik manakala langsir yang berfabrik ringan pula mungkin tidak akan 'jatuh' dengan cantik. Fabrik jenis sutera dan taffeta memberi kesan licin yang sesuai untuk ruang formal seperti ruang tamu. Langsir berfabrik kapas atau linen lebih cantik apabila mencecah lantai. Selain memikirkan tentang fabrik langsir, jangan pandang remeh tempat penggantung. Langsir biasa seperti mempunyai penyangkut sesuai untuk rod biasa, rod yang mempunyai gelung pula sesuai untuk langsir kasual untuk menampakkan keunikan rod.
WARNA
Memilih warna-warna semulajadi untuk ruang di dalam rumah adalah pilihan tepat kerana membantu anda memadankan warna perabot. Jika ruang rumah anda menerima banyak sinaran matahari, elak langsir warna lembut kerana ia akan cepat pudar. Pilih warna sedikit terang sekurang-kurangnya membantu menghalang cahaya masuk dan langsir lambat pudar. Jika anda tidak mahu langsir bertukar menjadi telus (transparent) apabila lampu dipasangkan, apa kata tambahkan satu lagi langsir tebal hanya untuk kegunaan malam. Apabila siang, anda perlu 'ikat dan gantung' langsir berat dan membiarkan langsir nipis di siang hari.
Siapa kata penggunaan langsir hanya menutup tingkap? Langsir juga penting untuk ruang rumah menjadi lebih luas. Tinggal beberapa hari lagi hendak menyambut Ramadhan, takut nanti langsir tidak sempat dijahit. Sekurang-kurangnya panduan ini diharap serba sedikit membantu anda memilih langsir yang sudah siap tanpa perlu memeningkan kepala. Jangan semakkan lagi rumah dengan pemandangan yang kacau bilau.
Panduan Memilih Langsir
PANDUAN MEMILIH LANGSIR
LANGSIR PENYERI KEDIAMAN
MENGHIAS tingkap dengan langsir atau bidai memang merumitkan.Tambahan pula tingkap pada masa kini tidak hanya berbentuk empat segikerana semakin ramai pemilik rumah mahukan kelainan.Bentuk tingkap yang lain agak sukar dihias. Berikut adalah beberapapanduan untuk memudahkan anda menyerikan tingkap bersesuaian denganbentuknya.
* Kecil dan bulat.
Tingkap jenis ini begitu popular pada suatu masa dulu. Tingkap bentuk ini agak sukar dihiasi dengan langsir dan sesuai digantikan dengan kaca bercorak.
*Tingkat tinggi dan sempit.
Tingkap yang sempit tapi tinggi menegak biasanya diletakkan di tepi pintu. Ia membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang itu. Tetapi orang ramai yang lalu lalang mudah melihat ke dalam rumah. Bagi mengelakmasalah itu, gantungkan bidai yang boleh ditinggikan dan direndahkan.
* Tingkap kaca yang terlalu besar.
Tingkap jenis ini biasa ditemui di pangsapuri atau kondominium. Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk keluar ke beranda rumah. Saiznya yang besar, memerlukan kain langsir yang banyakjika hendak menutup dengan langsir.
Lebih ideal jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta bolehdibuka dan ditutup dengan hanya menarik talinya. Menggunakan bidai jenis ini lebih menjimatkan dan tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya matahari.Warna semula jadi lebih mudah disesuaikan dengan apa saja warna atau jenis perabot.
* Tingkap kecil dan pendek.
Bagi tingkap ini, pemilihan langsir hendaklah jenis ringkas tetapi
perlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuh
langsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruangantara lantai dan langsir
Tips Pemilihan Jenis Kain Untuk Langsir
Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela
Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapisekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.
Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supayalangsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlumengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.
Bentuk Tingkap:-
Tirai Tingkap Casement
Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihanlangsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuktingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkapsorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).
Tirai Pelmet Tingkap Sorong & Tingkap Bay
Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap,pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.
Jenis Langsir:-
Rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.
Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.
Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan.Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu ‘mewah’ dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.
Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.
Jenis Fabrik:-
Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
Tips lain :-
Apa yang penting kemampuan dan pengetahuan mengenai berbagai fesyen langsir terbaru dipasaran. Untuk tujuan penjimatan belilah langsir dari jenis fabrik yang mahal sedikit, sediakan sekurang-kurang dua set langsir dirumah dan perlu kreatif jika ingin menggunakan semula kain langsir lama.
Warna selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang kita lihat tapi warna itu menjadi simbol ketenangan. Merah, jingga dan kuning pula memberi tenaga. Jika anda mempunyai anak yang agak lasak, disyorkan tidak menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan biru lembut.
Untuk ruang makan, boleh gunakan warna merah kerana ia mampu
membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan
Langsir memainkan peranan bagi melengkap konsep dekorasi ruang dan pelindung cahaya matahari kepada penghuni kediaman.
Kemasan langsir digayakan mengikut tema atau konsep penataan ruang kediaman.Konsep hiasan juga mengambil kira rekaan, warna dan corak langsir pilihan.
Jika belum bercadang menukar langsir baru, anda masih boleh
menyerikan kemasan langsir dengan aksesori indah.Langsir boleh memberi impak besar dalam hiasan kediaman dan mampu mengubah bentuk tingkap.Bentuk asal tingkap boleh diperindahkan atau disembunyikan kecacatannya menggunakan langsir sesuai.
Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya.
Tingkap yang kecil atau sempit boleh diolah bagi menampakkan keluasan lebih lebar dengan memasang langsir yang lebih besar.
Lakukan dengan menggantung langsir betul-betul di atas bidai tingkap dan membenarkan fabriknya diselak sehingga selebar saiz tingkap sebenar.Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya.
Melaluinya anda boleh memanipulasi langsir berkenaan bagi menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.Bagi tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.
Kehadiran langsir perlu mengekalkan bentuk tingkap yang unik dan menambah seri visual keindahan kediaman anda.Selain langsir, bidai juga memberi alternatif yang menarik sebagai pelindung cahaya matahari dan jenis bidai yang dipilih mestilah bidai
gulung, bidai roman dan bidai bersisip menegak.
Tip dan Panduan Memilih Langsir
Tip dan Panduan Memilih Langsir
Pilihan langsir yang tepat dan sesuaiadalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspekpenting hiasan dalaman.
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:
1. Tentukan anggaran bajet dan belanja
Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?
2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempattingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.
3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang danada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.
4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dansebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-bookdan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.
5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.
………………………………………………
INFO: Panduan Memilih Langsir
Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.
Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.
Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.
Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap
Mengenai Jenis Kain Langsir
Petikan dari: www.sanderson-uk.com/fabric.aspx
Collections (44)
Aegean Fabrics
Icaria Velvets
Madison Prints
Country Stripes
Beautiful Balloons
50s Fabrics
A Painter's Garden
Bloomsbury Canvas Fabrics
Borocay
Brianza
Caverley
Ceres Weaves
Colour For Living Fabrics
Coralie
Country Linens
Dalloway Weaves & Embroideries
Elyan
Henley
Highlands
Ione
Laszlo
Lymington Damask
Maia
Marlborough
Maycott Prints
Mereville
Musette
Netherfield
Options 10
Options 10 Embroideries
Options 11 Fabrics
Oriental Poppy
Orlando Velvets
Orlando Weaves
Parchment Flowers
Pemberley
Pemberley Weaves
Richmond Hill Fabrics
Richmond Hill Weaves
Samarkand
Sanderson Colours
Sanderson Neutrals
Tamara
Vintage
Faktor Pemilihan Fabrik Langsir
3 Faktor Utama Pemilihan Fabrik Langsir
Selepas memutuskan gaya hiasan kediaman barulah boleh memilih rekaan kemasan tingkap yang hendak diketengahkan dan seterusnya mencari fabrik yang mahu digunakan untuk membuat langsir.
1. Jenis Fabrik
Pertimbangkan suasana bilik. Untuk ruang yang lebih rasmi eloklah digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti sutera baldu yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal adalah campuran rayon sutera dan kapas.
Bagi suasana lebih santai memadai menggunakan langsir kain linen, baldu lembut dan kapas campuran. Gayakannya dengan hiasan tambahan pada bahagian kepala langsir untuk membawa kesegaran dan keindahan kepada gaya gaya yang ringkas.
2. Warna Fabrik
Pilihan rona langsir bergantung kepada gaya hiasan dalaman ruang. Anda boleh pilih sama ada warna gelap supaya seimbang dengan warna cerah dinding atau pastel yang bukan warna dominan di ruang terbabit.
Memilih warna garang atau terang boleh menarik perhatian dan mampu memberi kesan yang menakjubkan. Perlu di ingat bahawa di ruang yang menerima kemasukan cahaya matahari menembusi langsir juga akan menghasilkan ilusi menarik.
3. Corak
Jika sesuatu ruang sudah dipasang dengan kertas dinding bercorak penuh maka eloklah menggantung langsir polos agar tidak menimbulkan kesan serabut.
Begitulah sebaliknya jika dinding polos bolehlah memilih fabrik bercorak untuk langsir.
Elak menggunakan fabrik sofa yang sama corak dengan kain langsir kerana kedua-duanya akan bertembung untuk menarik perhatian!
Tempahan Skirting
MENERIMA TEMPAHAN UNTUK MEMBUAT SKIRTING MEJA SAMADA BAGI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN, SWASTA ATAUPUN MAJLIS PERKAHWINAN DLL...* (Penyediaan kain atas permintaan pelanggan)
SK1 - PATEN: "BOXPLEAT" - SEKAKI = RM7.00
SK2 - PATEN: "LURUS KEMBARAN DUA KAIN" - SEKAKI = RM6.00
SK3 - PATEN: "BOXPLEAT 2 LAPIS BEREBEN" - SEKAKI = RM10.00
SK4 - PATEN: "SUSUNAN SEHALA" - SEKAKI = RM4.00
SK5 - PATEN: "BOXPLEAT " - SEKAKI = RM7.00, 1 KEPING ALAS = RM8.00
SK6 - PATEN: "BOXPLEAT BEREBEN" - SEKAKI = RM10.00
SK7 - PATEN: "BOXPLEAT SEPARUH" - SEKAKI = RM3.00
SK8 - PATEN: "BOXPLEAT" - SEKAKI = RM7.00, RIBEN = RM3.00 SETIAP SATU
SK9 - PATEN: "BOXPLEAT SCALLOP" - SEKAKI = RM15.00
DAN MENERIMA LAIN-LAIN PATEN LAGI ATAS PERMINTAAN PELANGGAN.
CONTOH-CONTOH SKIRTING
S22
SENARAI WARNA YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perhatian !
Sila click "di tajuk-tajuk" yang tertera untuk melihat contoh-contoh tempahan & produk.
Cara Tempahan / Pembelian
Untuk urusan tempahan, sila email ke Fashiha Saffiei di norfasha.tailor83@gmail.com atau call / whatsapp ke 011-15057244. InsyaAllah dalam masa 24 jam saya akan memberikan maklumat stok & sebutharga serta pembayaran.
UNTUK PERMINTAAN PEMBELIAN TEMPAHAN KAIN DLL., KOS PEMBELIAN DITANGGUNG SEPARUH OLEH PELANGGAN.
KOS UPAH JAHIT DAN KOS SELEBIHNYA SERTA KOS POS LAJU DIBAYAR SETELAH TEMPAHAN SIAP.
Bayaran tunai diterima menerusi
CIMB ATAU MAYBANK
Sila sms/call untuk mendapatkan no. akaun. Saya akan memproses pesanan anda setelah anda memasukkan RM ke akaun dan menerima bukti pembayaran dan sila sms nama, alamat , no. telefon serta email untuk proses pos laju.
Terima kasih.
UNTUK PERMINTAAN PEMBELIAN TEMPAHAN KAIN DLL., KOS PEMBELIAN DITANGGUNG SEPARUH OLEH PELANGGAN.
KOS UPAH JAHIT DAN KOS SELEBIHNYA SERTA KOS POS LAJU DIBAYAR SETELAH TEMPAHAN SIAP.
Bayaran tunai diterima menerusi
CIMB ATAU MAYBANK
Sila sms/call untuk mendapatkan no. akaun. Saya akan memproses pesanan anda setelah anda memasukkan RM ke akaun dan menerima bukti pembayaran dan sila sms nama, alamat , no. telefon serta email untuk proses pos laju.
Terima kasih.
Home Decoration & Furnitures
Harga Tempahan
- Cara Mendapatkan Ukuran Kerusi
- Cara Mendapatkan Ukuran Langsir dan Roman Blind
- Tempahan Sarung Kerusi Makan
- Tempahan Langsir Paten Eyelet
- Tempahan Riling Dan Kayu
- Tempahan Roman Blind
- Tempahan Sarung Bantal
- Tempahan Skirting Meja
- Tempahan Langsir Paten Susunan Biasa
- Tempahan Sarung Kerusi Banquet Dan Kerusi Plastik
Contoh-Contoh Pelbagai Tempahan
Contoh-Contoh Kain
Faktor Pemilihan Kain
Blog Archive
Popular Posts
-
PATEN: SKIRTING MEJA Harga tempahan untuk skirting meja mengikut paten (Kos upah jahit sahaja) Paten: Boxpleat Berbutang Balut (hanya sarun...
-
Harga tempahan langsir malam paten eyelet: (Harga upah jahit sahaja, kain disediakan atas permintaan customer...) CONTOH: (Lebar ...
-
MENERIMA TEMPAHAN UNTUK MEMBUAT SKIRTING MEJA SAMADA BAGI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN, SWASTA ATAUPUN MAJLIS PERKAHWINAN DLL... * (Penyedi...
-
TEMPAHAN SARUNG KUSYEN Kain adalah pilihan pelanggan sendiri atau atas permintaan pelanggan boleh disediakan. Untuk sepasang sarung kusy...
-
CORAK ENGLISH STYLE - SEMETER RM15.00 - BIDANG 60" CORAK ENGLISH STYLE KAIN KOSONG SATIN - SEMETER RM12.00 - BID...
-
HARGA TEMPAHAN MENGIKUT JENIS PATEN YANG DIPERLUKAN. CONTOH: SB1 dan SB3 - UPAH KERJA TIDAK TERMASUK KAIN - RM10.00 (BERZIP) CONTOH: SB2...
-
PROMOSI SARUNG KERUSI PLASTIK / BANKUET JENIS-JENIS RIBEN SARUNG KERUSI BANQUET...
-
Jenis-jenis Langsir Tidak diakui sekarang terdapat pelbagai jenis pilihan langsir yang terbaru dan cantik, semuanya terpulang pada indiv...
-
Petikan dari: www.sanderson-uk.com/fabric.aspx Collections (44) Aegean Fabrics Icaria Velvets Madison Prints Country Strip...
-
TEMPAHAN SARUNG KERUSI BANQUET DAN KERUSI PLASTIK Paten Susunan sehala Harga termasuk kain: * Jenis kain jersey + upah jahit = RM24.0...