Faktor Pemilihan Fabrik Langsir

12:57 AM 0 Comments A+ a-


3 Faktor Utama Pemilihan Fabrik Langsir

Selepas memutuskan gaya hiasan kediaman barulah boleh memilih rekaan kemasan tingkap yang hendak diketengahkan dan seterusnya mencari fabrik yang mahu digunakan untuk membuat langsir.
1. Jenis Fabrik
Pertimbangkan suasana bilik. Untuk ruang yang lebih rasmi eloklah digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti sutera baldu yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal adalah campuran rayon sutera dan kapas.
Bagi suasana lebih santai memadai menggunakan langsir kain linen, baldu lembut dan kapas campuran. Gayakannya dengan hiasan tambahan pada bahagian kepala langsir untuk membawa kesegaran dan keindahan kepada gaya gaya yang ringkas.


2. Warna Fabrik
Pilihan rona langsir bergantung kepada gaya hiasan dalaman ruang. Anda boleh pilih sama ada warna gelap supaya seimbang dengan warna cerah dinding atau pastel yang bukan warna dominan di ruang terbabit.
Memilih warna garang atau terang boleh menarik perhatian dan mampu memberi kesan yang menakjubkan. Perlu di ingat bahawa di ruang yang menerima kemasukan cahaya matahari menembusi langsir juga akan menghasilkan ilusi menarik.

3. Corak
Jika sesuatu ruang sudah dipasang dengan kertas dinding bercorak penuh maka eloklah menggantung langsir polos agar tidak menimbulkan kesan serabut.
Begitulah sebaliknya jika dinding polos bolehlah memilih fabrik bercorak untuk langsir.
Elak menggunakan fabrik sofa yang sama corak dengan kain langsir kerana kedua-duanya akan bertembung untuk menarik perhatian!