Cara Mendapatkan Ukuran Langsir dan Roman Blind

10:19 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Para pelanggan yang dihormati,

Bagi yang berminat untuk menempah langsir dengan saya bolehlah mendapatkan ukuran langsir seperti yang saya tunjukkan di atas. Caranya mudah saja:

Mula mengukur lebar langsir dari hujung riling atau kayu sebelah kiri hingga kesebelah kanan dan tinggi langsir dari atas riling atau kayu hingga ke bawah mengikut labuh yang diperlukan. Contoh seperti yang ditunjukkan.

Begitu juga untuk membuat langsir paten roman blind. Lebar tingkap dari kiri ke kanan dan tinggi tingkap mengikut labuh yang diperlukan. Contoh seperti yang tertera.

Untuk para pelanggan yang merasakan susah untuk menyediakan semua peralatan membuat langsir, bolehlah dibawa berbincang dan saya bersedia untuk uruskan semuanya, anda hanya perlu menyediakan wang pendahuluan sebagai tanda jadi....... Hanya perlu berikan ukuran tinggi dan lebar bagi yang berada di luar negeri Kedah dan Perlis. Bagi yang berada di dalam Negeri Kedah dan Perlis iaitu kawasan yang terdekat seperti UUM, Changloon, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kodiang, Alor Setar dan Negeri Perlis, bila setuju dengan sebutharga yang diberikan, saya sendiri yang akan pergi mendapatkan ukuran dari rumah anda.

Pemasangan ril dan kayu hanya diterima bersama dengan pemasangan langsir.

"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan saya".

Sekian, Harap maklum.